Saturday, August 22, 2009

PRACTICAL

Huh,dah lama x buat practical,inilah pertama kali aku turun ke Hanger(tempat simpan kapal terbang) untuk sem ni….memang best dapat turun buat practical.practical kali ni untuk subject assembly & rigging.First lecturer bahagikan kami kepada beberapa group.

Aku dapat group member yang ok gak r, Group aku kena buat jacking & leveling aircraft Cessna 310..ada gak group lain kena buka flight control kat aircraft.

Kami pon bahagikan task masing,aku kena bahagian jack aircraft.2 orang kat depan,2 orang kat bawah wing .Aku dapat tugas untuk jack kat bawah wing, tapi gerun gak kalau2 jacking tak function ngan elok, nanti kena hempap dengan wing.


Inilah dia kapal yang kami kena jacking.


Aku kena bahagian ni,huhuhu…betul2 bawah wing.

Tapi aku tak risau langsung sebab kalau ikut cara yang betul tak pa la..



Huh, dah siap jack kapal terbang ni.. dah siap jack, kena lavel aircraft ni lak…pastu baru turunkan aircraft yang kena jack ni….dah siap….leh balik hostel.
Inilah rutin aku kat miat,belajar pas2 practical, yang ni kira mudah la…nanti kena main minyak la..kena buka turbine engine lak.




Gambar ni x da kaitan dengan yang atas,selingan saja…gambar ni time jadi aero carnival crew.

Banyak gak kami kena buat practical dalam bulan posa ni…tapi tak seteruk sem 1, kena potong besi yang agak tebal dengan gaji besi ,huh penat time tu, tapi nabi dan para sahabat pergi berperang dalam bulan ramadhan lagi letih.

Friday, August 21, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN




RAMADHAN BAKAL BERSUA LAGI…..
RAMADHAN BULAN YANG PENUH DENGAN KENIKMATAN….
RAMADHAN MERUPAKAN MUSIM BUNGA BAGI ORANG BERIMAN…
RAMADHAN ADALAH BULAN TARBIYAH…..
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPINYA……




Sama-samalah kita menaikkan semangat kita untuk menghadapi ramadhan,sama-samalah kita meyiapkan diri kita menghadapinya…
Di sini saya hendak berkongsi sedikitlah kepada rakan2 tentang?????

KHUTBAH RASULULLAH SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN

DARIPADA Salman al-Farisi katanya bahawa Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir Syaaban sempena ketibaan Ramadan yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sudah datang kepada kalian bulan agung, bulan penuh berkat, bulan dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

“Allah mewajibkan kepada kamu ibadat puasa dan menghidupkan malam harinya sebagai amalan tambahan (sunat). Sesiapa yang pada Ramadan mendekatkan diri dengan amalan sunat, maka ganjarannya seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan lain.

“Dan sesiapa yang melakukan satu amalan wajib pada bulan ini, maka balasannya seperti orang yang melakukan 70 amalan wajib pada bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan sabar dan pahala kesabarannya adalah syurga.

“Bulan di mana wujudnya semangat tolong menolong dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka diampuni dosanya, dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.”

Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang yang berpuasa.”

Sabda Baginda: “Allah akan memberikan pahala itu kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji kurma atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.

“Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus daripada api neraka.

Sesiapa yang meringankan beban kerja orang gajinya dalam Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.

“Hendaklah kamu memperbanyakkan mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat perlukan.

“Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu itu ialah pertama, mengucapkan Lailahillallah (tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dan kedua, mengucapkan istighfar (memohon ampun) kepada Allah.

“Dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan itu ialah pertama, perbanyakkan memohon kepada Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga dan kedua, kamu berlindung daripada-Nya azab api neraka.

“Selain itu, sesiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), Allah akan memberi minum kepadanya dari kolam aku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum saja yang menjadikan dia tidak akan berasa dahaga selama-lamanya hingga dia masuk ke dalam syurga.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah).

Monday, August 10, 2009

Ramadhan Bakal Tiba


Renungan


Assalam, apa khabar anda semua hari ini ? Apa khabar dengan iman anda ketika ini ?Apakah anda telah makan hari ini? Adakah anda memberi makanan kepada ruh anda ataupun anda hanya memberi makan kepada jasad anda semata-mata.Dalam kehidupan ini banyak dugaanya,kadangkala kita akan rasa iman kita berada di atas dan kadang kala kita rasa iman kita berada di tahap yang sangat rendah.Inilah yang telah ditentukan oleh Allah SWT.Alangkah indahnya jika iman kita seperti mana iman para Malaikat. Bagaimanakah caranya kita hendak menigkatkan iman kita dan mengekalkannya?

Antara cara untuk mengekalkan fikrah dan iman kita adalah dengan:-

1. Membuang jahiliyah sepenuhnya, dan mengambil islam sepenuhnya.

2. Iltizam dan intidzam dengan islam

3. Meyakini jihad kepada islam adalah matlamat asas kewujudan kita.

4. Melahirkan tafa’ul dengan islam dalam individu dan jemaah certa bermatlamatkan Allah semata-mata.

1-Perkara pertama adalah membuang jahiliyah sepenuhnya dan mengambil islam keseluruhannya. Perkara ini merupakan perkara pokok untuk kita mengekalkan keimanan kita.Ini telah dibuktikan oleh sahabat-sahabat terdahulu.Mereka meninggalkan jahiliyah secara total dalam semua hal .

2-Patuh dan taat kepada islam dan hukum-hukumnya dalam semua hal.Setelah membuang jahiliyah dan kita perlu patuh kepada islam keseluruhannya,sama ada dari segi pegangan hidup kita,matlamat hidup kita,pemikiran kita dan sebagainya.Dan bagaimanakah kita hendak menerapkan perkara ini dalam diri kita? Caranya hanyalah pentarbiyahan (pendidikan).

3-Perkara ke-3 adalah perlu meyakini jihad untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan dan ini merupakan matlamat kewujudan kita .Dan ingatlah sahabat, kita tidak dapat menegakkan islam tanpa jihad.

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

4-Apa itu tafa’ul? Tafa’ul adalah kesebatian anggota dengan islam,sedarah daging dengan islam. Kehidupannya mencerminkan Al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat yang disifatkan oleh Syed Qutub sebagai The Walking Al-Quran( Al-Quran yang hidup).Dan adakah kita sudah menjadi insan seperti ini ???

Ana menaip article ini adalah sebagai peringatan terutama kepada diri ana sendiri dan para teman sekalian kerana kadang-kadang kita sering alpa dengan perkara yang kita lakukan.Adakah perkara yang kita lakukan mengikut islam ataupun perkara yang kita lakukan mengikut jahiliyah .Dan adakah kita sudah mengambil islam secara total ataupun kita masih mengamalkan perkara jahiliyah dalam kehidupan kita.Renung-renungkanlah.

Monday, August 3, 2009

THE G13 MATRI RETURN

assalam,cepatya masa berlalu, sudah hampr 2 tahun kita keluar dari matri, semuanya memilih untuk menyambung mengikut minat masing dan ini merupakan perancangan Allah untuk kita. Ana harap semua sahabat berada dalam keadaan sihat wal'afiat.Kepada semua sahabat G13 matri bolehlah yang sudah lama tidak melihat wajah sahabat2 yang sudah lama tidak bertemu di http://www.youtube.com/watch?v=khzxZ7LbOqk
.