Thursday, November 12, 2009

BERSUA KEMBALI



HUH…Agak sekian lama ana menaip untuk blog ni….mungkin sibuk dengan urusan dunia.
Apa khabar semua sahabat2, yang jauh mahupun yang dekat, yang tengah bercuti….
Moga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Ana nak kongsi dengan sahabat2 dan pesanan untuk diri ana jugak.
Benda apa tu ?
Mas’ul ana da hadiahkan ana dan member halaqah sebuah buku kt ana…
Buku tu bertajuk
PETUNJUK UNTUK JURU DA’WAH karangan ABUL ‘ALA AL MAUDUDI.
Mas’ul ana sempat lagi bertanya kepada ana dan member halaqah yang lain….
Akhi , cuba teka ana beli buku ni berapa…?
Bukunya tak tebal sangat..tapi ada dalam 94 m/s.
Ada yang jawap RM16,RM8,RM 14…
Masing2 meneka….
Akhi Solehuddin tersenyum…anta nak tahu tak ana dapat buku berapa ringgit…
Ana dapat dengan harga RM2 ja….
Ana,Radhi ngan Kamil serta sahabat yang lain hanya mampu tersenyum.
Walaupun murah tapi kandungan didalamnya sungguh bermakna.

Ana nak kongsi sedikit tentang
Sifat yang perlu ada pada seorang pendakwah.
Sifat Perseorangan

Rasulullah ada bersabda
“Orang yang berjuang adalah orang berjuang terhadap nafsunya dalam mentaati Allah “.

Hadis ini menerangkan sebelum kita berjuang untuk menghadapi musuhnya dan memeranginya, terlebih dahulu memerangi musuh yang berada dalam diri kita sendiri.
Musuh yang berada dalam tubuhmu yang selalu mengajak kamu berbuat maksiat, menyajak kamu melanggar hukum-hukumNYA, jika musuh ini menguasai menguasai kamu, dan kamu selalu diseretnya untuk bertentangan dengan apa yang di redhai Allah, Maka tidak ada gunanya kamu menyatakan perang terhadap musuh yang berada di luar tubuhmu. Kerana orang yang demikian laksana orang yang yang menyimpan miniman keras di rumahnya sendiri, padahal ia melarang orang lain meminumnya di luar rumahnya.
Oleh itu, hendaklah kamu menyerah diri kepada Allah dan membebaskan diri dari cengkaman nafsu, serta berusaha menundukkan nafsu untuk mengikuti peraturan Allah, kemudian barulah kamu mengajak orang lain mematuhi peraturan Allah.

Sama-samalah kita berperang dengan nafsu kita dangan berhijrah dari kemaksiatan kepada mentaati dan mencari redhaNYA serta kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.