Monday, August 10, 2009

Renungan


Assalam, apa khabar anda semua hari ini ? Apa khabar dengan iman anda ketika ini ?Apakah anda telah makan hari ini? Adakah anda memberi makanan kepada ruh anda ataupun anda hanya memberi makan kepada jasad anda semata-mata.Dalam kehidupan ini banyak dugaanya,kadangkala kita akan rasa iman kita berada di atas dan kadang kala kita rasa iman kita berada di tahap yang sangat rendah.Inilah yang telah ditentukan oleh Allah SWT.Alangkah indahnya jika iman kita seperti mana iman para Malaikat. Bagaimanakah caranya kita hendak menigkatkan iman kita dan mengekalkannya?

Antara cara untuk mengekalkan fikrah dan iman kita adalah dengan:-

1. Membuang jahiliyah sepenuhnya, dan mengambil islam sepenuhnya.

2. Iltizam dan intidzam dengan islam

3. Meyakini jihad kepada islam adalah matlamat asas kewujudan kita.

4. Melahirkan tafa’ul dengan islam dalam individu dan jemaah certa bermatlamatkan Allah semata-mata.

1-Perkara pertama adalah membuang jahiliyah sepenuhnya dan mengambil islam keseluruhannya. Perkara ini merupakan perkara pokok untuk kita mengekalkan keimanan kita.Ini telah dibuktikan oleh sahabat-sahabat terdahulu.Mereka meninggalkan jahiliyah secara total dalam semua hal .

2-Patuh dan taat kepada islam dan hukum-hukumnya dalam semua hal.Setelah membuang jahiliyah dan kita perlu patuh kepada islam keseluruhannya,sama ada dari segi pegangan hidup kita,matlamat hidup kita,pemikiran kita dan sebagainya.Dan bagaimanakah kita hendak menerapkan perkara ini dalam diri kita? Caranya hanyalah pentarbiyahan (pendidikan).

3-Perkara ke-3 adalah perlu meyakini jihad untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan dan ini merupakan matlamat kewujudan kita .Dan ingatlah sahabat, kita tidak dapat menegakkan islam tanpa jihad.

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

4-Apa itu tafa’ul? Tafa’ul adalah kesebatian anggota dengan islam,sedarah daging dengan islam. Kehidupannya mencerminkan Al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat yang disifatkan oleh Syed Qutub sebagai The Walking Al-Quran( Al-Quran yang hidup).Dan adakah kita sudah menjadi insan seperti ini ???

Ana menaip article ini adalah sebagai peringatan terutama kepada diri ana sendiri dan para teman sekalian kerana kadang-kadang kita sering alpa dengan perkara yang kita lakukan.Adakah perkara yang kita lakukan mengikut islam ataupun perkara yang kita lakukan mengikut jahiliyah .Dan adakah kita sudah mengambil islam secara total ataupun kita masih mengamalkan perkara jahiliyah dalam kehidupan kita.Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment